Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB Akan Mulakan Projek Rintis National Connectivity Plan Di Melaka

Jom Sertai “Soal Selidik Penggunaan Elektrik 2021” Bagi Memastikan Kelangsungan Tenaga Negara

Diterbitkan Mac 10, 2022 oleh ariff bukhari

Mungkin masih ramai pengguna yang belum tahu, Single Buyer iaitu sebuah jabatan ring-fenced di bawah Tenaga Nasional Berhad yang ditadbir secara bebas kini sedang menjalankan Soal Selidik Penggunaan Elektrik terhadap pengguna.

Tujuan soal selidik ini adalah bagi mengumpulkan maklumat mengenai penggunaan elektrik rumah dan syarikat di Semenanjung Malaysia.

Maklumat yang dikumpulkan akan digunapakai bagi meramal jumlah penggunaan elektrik negara di masa hadapan, terutamanya dengan kemasukan Kenderaan Elektrik dan Solar PV serta inisiatif berkaitan kecekapan tenaga.

Jadi menerusi soal selidik ini, Single Buyer boleh merancang untuk memastikan jumlah elektrik yang cukup akan dijanakan untuk semua rumah dan syarikat di negara ini dengan memahami penggunaan tenaga sebenar dan mengumpul maklumat mengenai trend masa hadapan.

Sekaligus dapat memastikan masa hadapan elektrik negara terjamin.

Soal selidik ini telah pun dijalankan sejak November 2021 lalu dan akan berakhir pada bulan Mei 2022 nanti.

Jika anda berminat untuk menyertai Soal Selidik Penggunaan Elektrik ini, anda bolehlah mendaftar dengan mengisi Borang Daftar Kaji Selidik tersebut.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyatakan, penemuramah daripada Metrix Research akan mengunjungi kediaman atau premis perniagaan anda bagi mengumpul maklumat penggunaan perkakas elektrik, kenderaan elektrik dan panel solar.

Tetapi jika anda lebih selesa, mereka juga boleh menjalankan soal selidik ini secara atas talian bersama anda. Peserta kajian yang melengkapi sepenuhnya soal selidik akan diberi saguhati sebagai tanda penghargaan.
Untuk info lanjut, sila layari laman rasmi Soal Selidik Penggunaan Elektrik 2021.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY