Jom Muat Turun 6 Permainan Batman Ini Secara Percuma Dari Epic Games Sekarang

Percuma sehingga 26 September ini.


Sempena meraikan Hari Batman yang berlangsung pada 21 September, Epic Games telah menawarkan kepada para peminat permainan komputer sebanyak 6 permainan Batman yang boleh dimuat turun sevara percuma bermula dari hari ini hinggalah 26 September nanti.

6 Judul permainan Batman yang ditawarkan secara percuma di laman Epic Games Store adalah 3 dari koleksi Batman: Arkham iaitu Batman: Arkham Asylum, Batman: Arkham City dan Batman: Arkham Knight.

Manakal bagi versi  koleksi  Lego Batman Trilogy pula mengandungi  Lego Batman: The Videogame, Lego Batman 2: DC Super Heroesdan Lego Batman 3: Beyond Gotham.



Kepada para peminat Batman, sememangnya mereka sedia maklum bahawa setiap 21 September adalah merupakan hari Batman. Tahun 2019 pula adalah ulang tahun ke-80 Batman muncul di DC Comics.

Jadi sementara tengah percuma ini, jom muat turun kesemua permainan ini dari Epic Games Store. Kesemua permainan tersebut hanya boleh dimainkan di platfom Windows sahaja.

Untuk info lanjut tentang spesifikasi minimum yang diperlukan, sila layari laman Epic Games Store.