Jom Lihat Teknologi Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Oleh Vivo

Beberapa ketika, ramai beranggapan nama besar seperti Samsung dan Apple akan hadir dengan telefon pintar yang dilengkapi pengimbas cap jari terbina pada skrin, namun perkara itu disangkal oleh sebuah syarikat dari China.

Vivo, satu nama yang semakin meningkat naik, kini telah mempertontonkan telefon pintar pertama di dunia dengan ciri pengimbas cap jari terbina pada skrin.



Menggunakan sensor optikal Clear ID FS9500 yang diumumkan Synaptics sebelum ini, pengimbas cap jari berada ruang antara piksel dan skrin paparan OLED. Ia dikatakan teknologi sama yang mahu dibangunkan oleh Samsung bersama Syanaptics pada tahun lepas untuk Galaxy S8, namun ia terpaksa ditukar kepada pada saat akhir.

Tidak dapat dipastikan bila Vivo mahu melancarkan peranti ini.

https://www.youtube.com/watch?v=2Jhto1-gfMM

Sumber: The Verge