Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hujan meteor

Jom Lihat Dan Rakam Gambar Fenomena Hujan Meteor Perseid Awal Pagi Ini

Diterbitkan Ogos 12, 2021 · Dikemas kini Ogos 12, 2021 oleh ariff bukhari

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini memaklumkan akan berlakunya kemuncak fenomena alam yang dikenali sebagai Fenomena Hujan Meteor Perseid.

Fenomena Hujan Meteor Perseid akan berlaku pada setiap tahun iaitu dari 17 Julai sehingga 24 Ogos.

Tetapi kemuncak fenomena tersebut akan berlaku pada lewat malam dari jam 12.00 pagi 12 Ogos sehingga 6.00 pagi 13 Ogos 2021.

Kemunculan hujan meteor itu  boleh dilihat dgn mata kasar dengan menggunakan kaedah yang betul. Pancuran meteor perseid ini mudah dilihat sekiranya cuaca baik kerana ianya terang dan bersinar.

Jom Lihat Dan Rakam Gambar Fenomena Hujan Meteor Perseid Awal Pagi Ini

Berikut adalah cara untuk melihat Fenomena Hujan Meteor Perseid:-

  • berada di kawasan yang kurang cahaya. Lagi gelap lagi bagus.
  • sesuaikan mata terhadap kegelapan selama 20 minit.
  • pastikan cerapan dilakukan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan, pokok atau rumah.
  • jangan duduk tepi tingkap rumah dan berharap dapat lihat meteor. Cuba dapatkan permandangan langit yang luas.
  • tidak perlu melihat ke arah utara di buruj Perseus untuk melihat meteor-meteor ini. Ia akan muncul di mana-mana dan pada bila-bila masa.
  • menggunakan kamera SLR atau kamera telefon pintar yang dilengkapi dengan tetapan manual
  • tetapan ISO adalah dari 1600 hingga 2500
  • Aperture f1.2 hingga f4.5
  • Shutter 15 saat hingga 30 saat

Jadi sekiranya anda peminat fotografi, bolehlah merakam gambar menarik Fenomena Hujan Meteor Perseid awal pagi nanti.

Jom Lihat Dan Rakam Gambar Fenomena Hujan Meteor Perseid Awal Pagi Ini

 

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY