Jom Kenali Serba Sedikit Mengenai Sejarah BackRub & Google

Tipu lah, kalau ada yang tidak tahu apa itu "google". Boleh dikatakan setiap hari kita akan menggunakan aplikasi ini untuk mencari maklumat.

Sebenarnya, Google telah wujud sejak tahun 1995 lagi, apabila diasaskan oleh Larry Page dan Sergey Brin. Pada mulanya aplikasi ini dikenali sebagai BackRub sebelum mereka menukarkannya kepada "google". Pada tahun 1998, Andy Bechtolsheim menulis cek yang berjumlah  $ 100,000 dan Google Inc secara rasmi ditubuhkan.

Kapsyen: Kredit: www.cnbc.com


Selain itu, aplikasi ini juga mewujudkan satu platform yang membolehkan sesiapa sahaja membuat iklan atau kempen serta menghantar sebarang mesej atau dokumen melalui gmail. Tidak terhenti di situ sahaja, Google keluar pula dengan Google Maps dan Google Earth.



Kini, Google telah mempunyai pelbagai barisan produk yang digunakan di seluruh dunia. Ia telah menjadi agen yang membantu masyarakat untuk mendapatkan sebarang berita, berkongsi maklumat mahupun berhibur.

Youtube juga antara produk Google yang sangat popular. Semua variasi video termasuk berkaitan pemakanan, politik, lagu dan banyak lagi boleh ditonton melalui platform tersebut.



Aplikasi ini bukan sahaja digunakan untuk mencari maklumat tetapi melalui Google juga kita boleh belajar dan mengetahui sesuatu yang baru. Oleh itu, kita sebagai pengguna perlulah menggunakannya dengan sebaik mungkin dan jangan menyalahgunakannya.

 

Sumber: linkedin, google

 

 

Berkaitan