Jom Kenali Jenis-Jenis Kad SD Yang Berada Dipasaran

Kad SD bukan lah perkara asing, ia digunakan untuk kamera digital, telefon, dan juga komputer riba. Kebiasaannya kita hanya mementingkan saiz storan sesuatu kad SD tanpa mengetahui bahawa kelas kelajuan sesuatu kad SD juga perlu diambil kira.



Kelajuan kad SD juga memainkan peranan penting kepada kita untuk menyimpan video atau gambar. Bagi mengambil video yang berkualiti, anda perlulah menggunakan kad SD berkelas tinggi.

Kelajuan kad SD dibahagikan kepada beberapa kelas seperti 2,4,6 dan 10. Semakin besar nombor tersebut semakin laju proses kad SD. Sementara itu kelajuan tinggi ultra pula dikelaskan pada nilai 1 dan 3. Kelajuan tinggi ultra (UHS) dijual dengan harga yang tinggi kerana ia direka khusus untuk kegunaan profesional.

Kad SD kelas 2 berkualiti rendah dan agak perlahan. Manakala untuk kelas 4 dan 6 pula adalah untuk kegunaan biasa seperti kamera dan telefon bimbit. Bagi mendapat hasil video yang lebih menarik dan berdefinisi tinggi,  kelas 10 dan ke atas adalah yang paling sesuai.

Sekiranya pada kad SD anda tiada kelas dipaparkan, bermakna kad SD anda tidak mempunyai kelas dan tahap kelajuannya lebih rendah daripada kelas 2.

Kad SD kelas 2 boleh merakam video sd manakala kad SD kelas 4 dan 6 mampu merakam video HD. Kad SD UHS kelas 3 menyokong rakaman berbentuk 4D.

Kad SD merangkumi pelbagai jenis saiz. Anda akan menemui Kad SD “STANDARD”, “KAD MINISD” dan KAD MICRO SD. Saiz STANDARD kad SD 32mm x 24mm dan masih digunakan dalam kamera digital sehingga kini.

Manakala, bagi kad SD mini pula bersaiz 21.5mm x 20mm. Kad SD MICRO pula digunakan dalam telefon bimbit dan berukuran 15mm x 11mm. Setiap Kad SD mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan juga fungsi yang berbeza

[table id=12 /]

[table id=10 /]

Kategori kelas kad SD adalah menunjukkan minimum kelajuan sesuatu kad SD. Bagi kad SD kelas 2, ia mampu mencapai minimum kelajuan sehingga 2 MB dalam masa per saat sahaja. Manakala kad SD kelas 10 pula mampu mencapai tahap minimum kelajuan 10 MB per saat. Begitu juga dengan tahap kelajuan bagi 4, 6 dan 8. Pemilihan sesuatu kelas ini berdasarkan keperluan kita sama ada kita ingin mengambil video yang berbentuk HD or video biasa.

[table id=11 /]

Kelas kelajuan dibuat sesuai dengan kegunaan kita. Contohnya kita ingin merakam video yang berbentuk HD maka kita perlu menggunakan kad SD yang mempunyai kelas yang tinggi seperti kelas 10, U1,U3, V6,V10,V30,V60 dan V90.

Selain kelas storan kad SD juga dijual dalam kapasiti yang berbeza. Anda boleh memilih kad SD bergantung pada saiz kapasiti storan yang anda perlukan seperti 4GB, 8GB, 16GB hinggalah yang terbesar seperti 512GB.

Storan ini adalah untuk menampung video atau foto yang kita ambil. Sekiranya anda selalu mengambil video dan foto yang banyak seperti jurugambar, maka mereka akan menggunakan storan kad SD yang besar. Kad SD yang dibuat adalah bersesuaian dengan kehendak semasa.

Sumber foto utama: Tested.com