Jom Kenali Jenis Cip Pemproses Telefon Anda - ARM, ARM64 atau x86?

Bermula dengan pengeluaran Android Lollipop, proses memasang Xposed Framework semakin lama semakin rumit.

Apa itu XPosed Framework?

Xposed Framework membolehkan anda mengubah suai sistem telefon pintar yang sedia ada tanpa perlu memasang custom ROM baru. Cuma memerlukan hanyalah akses root.

Bukan sahaja setiap installer Xposed berlainan mengikut jenis Android, tetapi kini anda juga perlu mengetahui jenis cip pemproses yang dipasang pada telefon anda.

Berbalik kepada topik, terdapat 3 jenis seni bina CPU yang digunakan telefon Android masa kini.

  • ARM - Ia dioptimumkan untuk penggunaan bateri

  • ARM64 - Naik taraf dari versi ARM, menyokong pemprosesan 64-bit untuk proses yang pengkomputeran yang lebih kuasa

  • x86 - Lebih berkuasa daripada dua jenis diatas, kuat makan bateri


Ok, jika anda tidak pasti jenis mana yang sedang anda gunakan boleh ikuti langkah dibawah.

Langkah 1

  • Muat turun dan pasang aplikasi Droid Hardware Info (klik sini untuk muat turun)


Langkah 2

  • Selepas selesai dipasang, buka aplikasi dan terus tekan tab System

  • Anda cuma perlu lihat pada ruangan

    • CPU Architecture

    • Instruction Sets




Kapsyen: Jenis cip pemproses untuk Xiaomi Redmi Note 3


 

Kapsyen: Jenis cip pemproses untuk Nexus 5


Nama di CPU Architecture dan Instruction Sets berbeza?

Lihat dan padankan sendiri. Selamat mencuba.

  • ARM: ARMv7 atau armeabi

  • ARM64: AArch64 atau arm64

  • x86: x86 atau x86abi


Sumber: Gadget Hacks