Jom Ke PlayStation Experience 2017 South East Asia

Sony Interactive Entertainment Hong Kong Limited Singapore (SIES) akan mengadakan acara PlayStation Experience 2017 South East Asia (SEA) yang akan berlangsung pada 5 Ogos 2017 bertempat di KL Live bermula 10 pagi sehingga 10 malam.



Ini merupakan pertunjukan PlayStation pertama seumpamanya di Asia Tenggara. PlayStation Experience bermula pada tahun 2014 di Las Vegas dan kemudiannya menjadi acara yang paling dinanti-nantikan untuk penggemar konsol PS4.

PlayStation Experience 2017 SEA kali ini akan membawakan beberapa permainan PS4 termasuklah untuk PS4 VR. Antara permainan yang yang akan dipamerkan adalah seperti Detroit: Become Human (PS4™), Everybody’s Golf (PS4™), Far Cry 5 (PS4™), Gran Turismo Sport (PS4™), Knack 2 (PS4™), dan No Heroes Allowed! VR (PS VR) dan lain-lain lagi.