Jom Guna Aplikasi Ini Untuk Bezakan Status Mahram Dan Bukan Mahram

Hari ini merupakan hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa.

Sanak saudara pun sudah ramai berkumpul di kampung halaman masing-masing untuk meraikan Hari Raya, dan satu perkara yang sering terjadi, bersalaman dengan bukan mahram.

Walaupun sudah kerap kali diperjelaskan, masih terdapat dalam kalangan kita yang masih keliru sama ada saudara kita itu layak kita salam ataupun tidak.

Dari perkongsian Facebook Tuan Afyan Mat Rawi, terdapat satu aplikasi yang mana kita dapat membezakan status mahram atau bukan mahram, dikenali sebagai R U My Mahram.

R U My Mahram sangat mudah digunakan, anda hanya perlu memasukkan jantina anda dan seterusnya memilih jenis hubungan dengan sanak saudara berkenaan.









Menurut pembangun aplikasi, setiap hubungan dalam aplikasi ini adalah terhad pada pertalian darah secara terus. Hubungan lebih kompleks akan ditambah jika ada permintaan.

Pembangun turut menambah, penerangan dalam aplikasi mungkin tidak sempurna dan anda boleh dapatkan khidmat nasihat ustaz & ustazah anda bagi penerangan yang lebih padu.

Muat turun aplikasi R U My Mahram disini.