Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lap telefon

Jom Derma Peranti Pintar 4G Terpakai Anda Kepada Keluarga Yang Memerlukan

Diterbitkan Ogos 17, 2021 · Dikemas kini Ogos 17, 2021 oleh ariff bukhari

Pada Mac lalu, kerajaan telah mengmumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara .

Melalui PEMERKASA, kerajaan akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

Salah satu daripadanya adalah Inisiatif Pengumpulan Sumber Awam (Crowdsourcing) Peranti Komunikasi di bawah Program MyBAIKHATI yang bertujuan membuat penyumberan semula peranti yang boleh digunakan dan membaikinya untuk diagihkan kepada masyarakat, khususnya kumpulan berpendapatan 40 peratus terbawah (B40).

Orang ramai dialu-alukan untuk memberi sumbangan peranti yang masih berfungsi dan tiada lagi dalam penggunaan masing-masing.

Ini akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar daripada golongan berpendapatan rendah (B40) yang lebih memerlukan bagi tujuan pembelajaran dalam talian. pic.twitter.com/LZO7A5BAfu

— MCMC (@MCMC_RASMI) August 17, 2021

 

Peranti-peranti terpakai anda itu boleh disalurkan melalui premis-premis  syarikat telekomunikasi yang menyokong program ini termasuklah U Mobile, Celcom, Maxis, Digi, Time serta Telekom Malaysia (TM).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan,
peranti-peranti yang telah dibaik pulih akan diedarkan di Pusat Internet Komuniti (PIK) terpilih di seluruh negara.

Jom Derma Peranti Pintar 4G Terpakai Anda Kepada Keluarga Yang Memerlukan

Walaubagaimanapun jika anda mahu menderma peranti anda itu, pastikan sekurang-kurangnya peranti tersebut menyokong rangkaian 4G/LTE.

Peranti yang hanya menyokong rangkaian 3G dan ke bawah tidak akan diterima.

Program Pengumpulan Sumber Awam Peranti Komunikasi ini akan berakhir pada 18 Mac 2022 nanti.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
  • Pedang Cahaya Darth Vader Terjual Pada Harga RM21 Juta, Termahal Dalam Sejarah Memorabilia Star Wars
  • BYD Perkenal Sistem Pengecasan EV Bersepadu Pertama Di Dunia, Gabung Solar Dan Robotik
©2026 WISER.MY