Sah untuk MaxisONE Plan 128 dan ke atas.
Bermula Ogos ini, Maxis menawarkan pelan terbaru yang menarik untuk para pengguna telefon pintar di Malaysia. Pengguna yang melanggan pelan terbaru MaxisONE Plan akan melayakkan mereka mendapatkan telefon pintar Vivo Y17 hanya pada harga RM1 sahaja.
Vivo Y17 yang dilengkapi dengan RAM berkapasiti 4GB dan memori terbina dalam bersaiz 64GB kini turut didatangkan bersama ciri 3 kamera utama di belakang. Telefon pintar ini telah dilancarkan secara rasmi di malaysia pada Mei lalu.
3 Kamera tersebut dilengkapi dengan kamera utama 13MP +8MP AI Super-Wide Angle+2MP Depth. Manakala kamera hadapannya pula dilengkapi dengan kamera 20MP.
Selain itu, salah satu ciri utama lain yang ada pada Vivo Y17 adalah kapasiti baterinya yang berjumlah 5000mAh serta menyokong ciri pengecasan pantas dwi-enjin.
Vivo Y17 didatangkan 2 pilihan warna menarik iaitu Mineral Blue dan Mystic Purple.
Berbalik kepada tawaran MaxisONE Plan semula, Vivo Y17 hanya berharga RM1 untuk MaxisONE Plan 128, MaxisONE Plan 158 dan MaxisONE Plan 188 sahaja.
Harga keseluruhan pakej yang perlu dibayar untuk mendaftar MaxisONE Plan ini adalah dari RM517.00.
Untuk info lanjut, sila layari laman muka MaxisONE Plan Vivo Y17 atau terus ke pusat jualan Maxis berdekatan anda bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut berkenaan pakej yang ditawarkan ini.
Berkaitan
- Ini Masa Terbaik Miliki vivo V27, RM200 Lebih Murah Untuk Tempoh Terhad
- Nokia Tandatangani Perjanjian Paten 5G Dengan vivo
- Hanya Dengan Mata Kasar Anda Boleh Melihat Planet Musytari Dengan Jelas Hingga Hujung Tahun Ini
- Ura-ura Mendakwa Vivo NEX 3 v5G Akan Dilancarkan Oktober Ini Di Seluruh Dunia
- vivo X70 Pro Nadi Kepada Filem Pendek ‘Shout it Out’
- vivo Malaysia Menyumbangkan Sejumlah RM7,420 Kepada Kelab Bola Sepak Pan-Disability
- Ini Cara Kenali Telefon vivo Asli Atau Tiruan
- (Ulasan) ASUS Vivobook 16 (M1605) - Laptop Bajet Skrin Besar, Bateri Tahan Lama
- Lebih 1000 Unit Telefon Pintar vivo Tiruan Berjaya Dirampas
- Seorang Pelajar Astronomi Telah Menemui 17 Planet Baru