Jom Cuba 5 Pelekat Animasi Terbaru WhatsApp Dan Lihat Kod QR WhatsApp Anda

Pengguna kini boleh memuat turun pelekat animasi terbaru di aplikasi WhatsApp.


Sebelum ini telah dilaporkan WhatsApp akan mula menyokong ciri hantaran sticker (pelekat) animasi.

Jadi bermula dengan versi kemas kini terbaru untuk peranti Android dan iOS yang mula dilepaskan secara berperingkat, pengguna sudah boleh mencuba sendiri ciri pelekat animasi tersebut.



Sebagai permulaan, sebanyak 5 tema pelekat animasi tersedia ditawarkan dalam WhatsApp iaitu Rico's Sweet Life, Bright Days, Playful Piyomaru, Chummy Chum Chums dan Moody Foodies yang dapat digunakan mengikut 'mood' anda.

Selain itu, ciri sokongan kod QR juga sudah boleh digunakan bagi tujuan menambah kenalan terus menerusi aplikasi WhatsApp.



Bagi melihat kod QR WhatsApp anda sendiri pula dan berkongsikannya dengan kenalan lain, anda boleh mengaksesnya menerusi Settings WhatsApp.



Jadi, bagi menggunakan ciri-ciri baru WhatsApp ini, sila pastikan anda mengemas kini aplikasi tersebut anda kepada versi terkini.

Selamat mencuba.