Jom Cuba 5 Pelan TM unifi Home Secara Percuma Selama 30 Hari

Promosi tamat pada Jun 2020.


Berita baik kepada para pengguna. TM unifi kini sedang menawarkan tempoh percubaan selama 30 hari bagi para pelanggan baru yang nak mendaftar melanggan pelan unifi Home TM.

Sebanyak 5 pelan unifi Home ditawarkan TM kepada pengguna untuk mencuba dulu secara percuma sehingga Jun 2020.

5 pelan unifi tersebut adalah dari unifi Home berkelajuan 30Mbps Unlimited Data berharga RM89/bulan, 100Mbps berharga RM129/bulan, 30Mbps +unifi Media Box) berharga RM149/bulan, 100Mbps + unifi Media Box berharga RM189/bulan dan unifi Home berkelajuan 300Mbps yang berharga RM199/bulan.

Kapsyen: Kesemua pelan unifi percuma selama 30 hari ini adalah pelan data tanpa had.


Jadi jom pakat cuba pelan unifi Home data tanpa had dari TM ini secara percuma sebelum Jun 2020.

Untuk info lanjut tentang pakej-pakej yang termasuk dalam langganan unifi tersebut, layari laman rasmi unifi Home Fibre Broadband.

(Proses pemasangan unifi dibuat di semua zon, kecuali zon yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).)