Jom Buat Kod QR Sendiri

Penggunaan kod QR sememangnya telah meluas dan banyak digunakan sebagai "shortcut" untuk membuka laman sesawang, lokasi dan pelbagai lagi dengan hanyak mengimbas kod yang diberikan.

Kepada anda yang masih belum tahu, berikut kami kongsikan cara mudah untuk anda menghasilkan kod QR anda sendiri. Ikuti sahaja langkah berikut.

Langkah 1

Pertama sekali, muat turun aplikasi membina kod QR pada Appstore ataupun Playstore, berikut kami cadangkan aplikasi QR code generator.



 

Langkah 2

Setelah siap dipasang, buka aplikasi tersebut dan pilih menu Create pada bahagian bawah paparan.



 

Langkah 3

Seterusnya pilih diantara berikut untuk anda jadikan sebagai kod QR, sebagai contoh kami pilih URL, yang mana kod tersebut akan membawa penggunanya terus ke laman sesawang yang ditetapkan setelah siap mengimbas.



 

Langkah 4

Masukkan alamat laman sesawang yang diinginkan dan klik pada Preview Content.



 

Langkah 5

Seterusnya pilih menu Create.



 

Selesai, sekarang anda sudah ada kod QR sendiri, khsusus untuk membawa pengguna ke laman sesawang Wiser.my



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan