JOI® Book 100 - Komputer Riba Elegan, Ringan, Dan Nipis Berharga Bawah RM1,000

JOI® sebelum ini sedia hadir dengan pelbagai produk. Antara produk mereka yang menarik adalah sebuah komputer riba dengan rekaan nipis dan ringan yang dijual pada harga bawah RM1,000 iaitu JOI® Book 100.

Rekaan Premium Yang Ringan


JOI® Book 100 hadir dengan rekaan kompak dengan bahan binaan besi yang premium. Beratnya juga hanya 1.35kg menjadikan ia mudah dibawa kemana-mana dan tidak membebankan pengguna.



Selain itu, ia juga nipis pada 14mm membuatkan ia mudah disimpan dalam beg ataupun dipegang.


Paparan Dengan Bezel Nipis


Selain hadir dengan paparan 14.1 inci, ia juga mempunyai resolusi Full HD (1920 x 1080) untuk tontonan kandungan yang memuaskan. Bezel di sekeliling juga nipis menampakkan rekaan yang setanding dengan komputer riba lebih mahal.


Naik Taraf Storan Sehingga 512GB SSD


Storan yang diberikan secara lalai adalah 32GB. Namun pengguna boleh sahaja untuk menaik taraf dengan saiz sehingga 512GB SSD yang lebih besar jika mahu menambah ruangan kerja digital.



Tambahan, terdapat sokongan kad microSD yang menyokong sehingga 64GB. Ini sudah tentu sangat memudahkan jika anda mahu memindahkan gambar atau video dari kamera ke komputer riba.

Ketahanan Bateri Sehingga 8 Jam


Antara kelemahan kebanyakan komputer riba adalah ia didatangkan dengan ketahanan bateri yang alakadar. Pada JOI® Book 100, bateri mampu bertahan sehingga 8 jam lamanya.



Ini adalah mencukupi untuk ketahanan bateri dalam tugasan seharian. Baterinya adalah berkapasiri 38Wh.

Antara spesifikasi lain JOI® Book 100 adalah ia dijana cip Intel® Celeron® N3450 dengan grafik Intel® HD Graphics 500 serta 4GB RAM.

Untuk port I/O, terdapat 2x USB 3.0, 1x Micro HDMI, 1x MicroSD, dan 1x M.2 SSD (2280). Komputer riba turut hadir dengan sokongan kamera web, Wi-Fi, dan Bluetooth 4.0 untuk rangkaian.



Komputer riba JOI® Book 100 dijual berharga RM998. Untuk setiap pembelian, anda akan mendapat naiktaraf SSD 256GB, beg galas anti-curi, perisian Bitdefender dan Shieldcare 1 tahun secara percuma.

Untuk membeli produk ini, anda boleh layari pautan yang disediakan.

Selain itu, JOI® kini juga sedang menganjurkan kempen giveaway Thermos secara percuma. Cara-cara menyertainya adalah seperti berikut.

  • Like laman Facebook JOI®

  • Ambil gambar swafoto dengan mana-mana produk JOI®

  • Muat naik gambar di Facebook anda dengan kapsyen yang sesuai.

  • Tag JOI Malaysia

  • Letakkan tanda pagar #JOI #InspiringIdea

  • Kongsikannya untuk tontonan awam


Hanya seringkas itu dan tunggu sehingga 28 Jun ini untuk pengumuman pemenangnya.

No photo description available.

Penafian: Advertorial adalah dari JOI® Malaysia