Mahu Gaming Dengan NVIDIA RTX? Ini Mungkin Laptop Yang Anda Cari

JOI memang pernah mempunyai komputer riba rekaan sendiri sepanjang masa. Namun kebanyakannya adalah lebih disasarkan untuk golongan professional. Bagaimana pula pengguna yang mahukan komputer riba dengan spesifikasi khusus gaming?

Untuk itu, JOI buat pertama kalinya menawarkan siri laptop gaming JOI Amazer siri GL7000 yang hadir dengan perkakas berkuasa untuk pengalaman gaming yang memuaskan.



Dari spesifikasi, ia hadir dengan cip Intel i7-9750H yang mampu melunaskan kerja-kerja baik permainan ataupn kandungan multimedia. Untuk pemprosesan grafik pula, JOI Amazer siri GL7000 juga tidak ketinggalan kerana ia dimuatkan dengan grafik Turing dari NVIDIA yang terkini. Dengan pilihan sehingga RTX 2070 Max-Q, pengguna semestinya akan mampu memainkan permainan terkini dalam fps yang tinggi. Teknologi ray-tracing dalam grafik RTX ini juga akan membuatkan pengguna asyik dengan kecantikan dunia permainan ketika bermain.



Paparan laptop JOI Amazer siri GL7000 juga boleh tahan. Walaupun pada model asas, ia tetap menggunakan paparan 15.6 inci 1080p dengan kadar segar semula 144Hz. Dengan penggunaan kad grafik berkuasa, sudah tentu pengguna mampu melihat bingkai demi bingkai yang terpapar dengan padanan panel kadar segar semula yang tinggi ini. Ini sangat membantu terutamanya untuk pemain yang gemar memainkan permainan first-person-shooter (FPS) yang pantas.



Seperkara yang menarik lagi adalah kesemua model laptop JOI Amazer siri GL7000 dimuatkan dengan perisian Windows 10 Pro. Berbanding dengan Windows 10 Home, anda mendapat kelebihan dan fungsi menarik seperti Bitlocker, kemaskini melalui awanan, Remote Desktop, dan Assigned Access.

Spesifikasi JOI Amazer siri GL7000


Jika anda berminat untuk mendapatkan laptop JOI Amazer siri GL7000 ini, anda boleh hadirkan diri ke GLOO Concept Store bertempat di Plaza Lowyat, ataupun isi borang yang disediakan di pautan ini untuk dihubungi oleh pihak JOI.

*Artikel ini dibawakan eksklusif oleh JOI Malaysia