JOI® AIO 100 – PC Berpatutan Untuk Golongan Pelajar Dan Kerja Pejabat

AIO atau All-In-One merupakan kategori PC yang mengintegrasikan kesemua komponen komputer ke dalam satu kerangka. PC tradisional mempunyai monitor dan kerangka komputer yang berasingan untuk menyimpan papan induk, cakera keras, dan komponen-komponen lain.

Ini adalah kelebihan AIO PC di mana ia mempunyai rekaan yang lebih ringkas untuk memudahkan pengguna yang mahu membawanya. JOI® AIO 100 adalah merupakan AIO yang hadir dengan harga berpatutan dan mempunyai banyak fungsi yang menarik, terutamanya untuk golongan pelajar dan kerja pejabat.


Ringan


Sebuah PC atau komputer desktop biasa macampu mencapai berat lebih dari 5KG. Ini adalah apabila berat dari PC itu sendiri digabung dengan monitor. Pada JOI® AIO 100, berat AIO ini hanyalah 2.9KG. Jadi, ia adalah cukup ringan untuk dibawa ke mana-mana untuk kerja mahupun bergerak ke tempat lain.



Perlu diingatkan juga anda hanya membawa satu perkakas sahaja kerana ia adalah AIO. Jadi ia diibaratkan seperti membawa sebuah monitor dan juga PC.

Rekaan Moden


JOI® AIO 100 ini hadir dengan rekaan moden dan menarik. Bezel yang disertakan pada paparan adalah nipis dan sesuai jika mahu dipadankan dengan persekitaran rumah yang moden.

Ia hadir dalam warna gabungan hitam dan perak yang elegan untuk menampakkan rekaan minimalis. AIO ini juga adalah nipis jadi anda boleh meletakkannya di mana-mana ruangan tanpa memakan ruang yang sedia ada.



Tapak AIO ini juga diperbuat dari besi yang kukuh untuk sokongan lebih tegap. Ia juga mempunyai rekaan melengkung yang menarik.

Paparan HD


Dengan paparan 19.5 inci, ia hadir dengan resolusi HD (1600x900) yang cukup untuk tatapan mata. Panel yang disertakan juga cerah untuk memudahkan kerja-kerja tugasan dilakukan seharian.



Ia juga hadir dengan butang laras serta butang kuasa untuk akses kawalan yang pantas hanya dengan satu jari sahaja. Paparan AIO ini juga boleh dilaraskan antara -3 ke 25 darjah mengikut keperluan anda.

Prestasi Pantas


JOI® AIO 100 turut hadir dengan storan SSD pantas bersaiz 240GB untuk kelancaran tugasan membuat kerja. Ia juga disertakan dengan RAM 4GB dan boleh dinaik taraf ke 8GB bagi yang mahukan prestasi multi-tasking lebih banyak.



Spesifikasi lain adalah dijana cip pemprosesan Intel® Celeron® J3160 dan juga grafik Inte®l HD Graphics 400. Antara yang menarik adalah sokongan Wi-Fi serta Bluetooth 4.0 untuk sambungan peranti pintar dan juga modem internet.

Port I/O Mencukupi


Apalah guna komputer tanpa port I/O yang mencukupi. Pada JOI® AIO 100, dia dilengkapi sehingga 6 USB Type-A (4 USB3.0 + 2 USB2.0), 1x HDMI, 1x VGA, 1x 3.5mm bicu audio/mikrofon, 1x LAN Ethernet, dan 1x slot mSATA.



Port I/O ini diletakkan pada bahagian belakang menghala ke bawah AIO. Namun, untuk akses USB lebih mudah, terdapat 2 USB 2.0 yang diletakkan di belakang AIO ini.


Kamera Web Dan Pembesar Suara Terbina


Melengkapi pakej sebuah PC, JOI® AIO 100 ini hadir dengan pembesar suara terbina yang diletakkan di bahagian belakang. Namun jangan risau, untuk anda yang mahukan sedikit privasi, anda boleh gunakan bicu audio 3.5mm jika anda mahukannya.



Ketika musim PKPP ini, sudah tentu anda lebih banyak meluangkan masa dengan panggilan video untuk tugasan kerja, keluarga, rakan-rakan, atau yang tersayang. Dengan JOI® AIO 100 ini, semuanya lebih mudah dengan kamera web terbina diletakkan pada bahagian hadapan bawah.

JOI® AIO 100 ini dijual berharga RM1,349 di Malaysia. Untuk setiap pembelian, anda akan mendapat satu set combo papan kekunci dan tetikus tanpa wayar untuk melengkapkan pengalaman anda menggunakan komputer itu.

Untuk membeli produk ini, anda boleh layari pautan yang disediakan.

Selain itu, JOI® kini juga sedang menganjurkan kempen giveaway Thermos secara percuma. Cara-cara menyertainya adalah seperti berikut.

  • Like laman Facebook JOI®

  • Ambil gambar swafoto dengan mana-mana produk JOI®

  • Muat naik gambar di Facebook anda dengan kapsyen yang sesuai.

  • Tag JOI® Malaysia

  • Letakkan tanda pagar #JOI #InspiringIdea

  • Kongsikannya untuk tontonan awam


Hanya seringkas itu dan tunggu sehingga 28 Jun ini untuk pengumuman pemenangnya.

No photo description available.

Artikel ini dibawakan oleh JOI® Malaysia