Johor WiFi Bakal Ditempatkan Di 76 Lokasi Baru Tahun Ini

Johor WiFi merupakan kemudahan jalur lebar yang telah diperkenalkan Kerajaan Negeri Johor pada Ogos 2015 yang lalu.

Selama 2 tahun kemudahan ini disediakan, sebanyak 135 Hotspot diseluruh negeri Johor telah menikmatinya dan kini ia akan diperluaskan lagi ke 74 lokasi yang lain.

49 dari lokasi terbaru itu membabitkan kawasan luar bandar yang dilaporkan menelan belanja sehingga RM4.31 juta.

Menurut Datuk Hasni Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri,
"Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM4 juta setahun untuk tempoh tiga tahun ini bagi melaksanakan kemudahan ini. Sejak dilaksanakan, kira-kira 235,000 pengguna sudah mendaftar bagi menggunakan perkhidmatan berkenaan secara percuma," katanya pada majlis pelancaran Johor WiFi Luar Bandar di Kampung Parit Puteri Menangis pada hari Isnin yang lalu.

Lima lokasi berpotensi dibangunkan sebagai hotspot telah dikenal pasti bagi daerah Pontian dan antaranya adalah

  • Dewan Homestay Puteri Menangis

  • Pejabat Tanah dan Daerah Pontian

  • serta Masjid Penerok


Kemudahan ini merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam melahirkan masyarakat celik IT disamping membantu rakyat tidak mempunyai akses kepada internet.

Sumber: Berita Harian