John McAfee Ditemui Mati Dalam Sel Penjaranya

Pengasas syarikat perisian keselamatan dan antivirus komputer, John McAfee dilaporkan ditemui maut dalam sel penjaranya hari ini.

John McAfee, 75, yang dipenjarakan di Barcelona, Spain atas dakwaan mengelak daripada cukai serta skim matawang kripto tidak sah dipercayai maut selepas menggantung dirinya sendiri.

Kematiannya itu dilaporkan berlaku selepas pihak mahkamah tinggi Sepanyol telah membenarkan John McAfee diserahkan kepada Amerika Syarikat.

McAfee pernah hidup dalam pelarian dari disoal siasat berkaitan kematian jirannya yang berlaku di dalam rumahnya pada tahun 2012 dahulu bagi mengelakkan diri daripada ditangkap.

McAfee merupakan seorang pengguna popular di laman Twitter dengan mempunyai lebih daripada 1 juta pengikut di platfom sosial tersebut.

Beliau mencipta nama sebagai pembangun perisian antivirus komputer McAfee tetapi beliau keluar daripada industri itu pada tahun 1994 selepas menjualnya hakcipta dan syarikatnya pada harga berjuta dolar.

Sumber: Reuters, Sumber Gambar: Forexlive

Baca juga: Perisian Antivirus McAfee Didapati Mempunyai Kecacatan Yang Boleh Dieksploitasi Penggodam

Penggodam China Menawarkan Perisian Anti Virus McAfee Percuma Untuk Memasang Perisian Hasad

5 Perisian Antivirus Pilihan Untuk Lindungi Komputer Anda

Berkaitan