John Ive Berkata Rekaan iPhone X Hanya Satu Permulaan

iPhone X, peranti Apple terbaru yang dikeluarkan sempena ulang tahun kelahiran iPhone yang ke 10 menampilkan rekaan yang lain dari apa yang Apple sebelum ini keluarkan.

Orang yang bertanggungjawab atas rekaan peranti tersebut adalah Jonathan Ive telah berkata dalam satu temubual bersama laman sesawang Jepun, CasaBrutus yang pasukannya mendapat tekanan yang tinggi untuk menyiapkan rekaan iPhone terbaru itu.

Dia menambah yang iPhone X menandakan satu episod baharu untuk peranti iPhone dan bukanlah pengakhirannya. Ive sering mengimpikan untuk menghasilkan rekaan seperti iPhone X yang menggabungkan rekaan ringkas dengan setiap komponen bergabung.

Jika sebelum ini perumah peranti dan skrin paparan merupakan dua komponen berasingan, kini ia dirasakan sebagai satu komponen yang sama.

Sumber