Jimatkan Dakwat Pencetak Dengan Menukar Jenis Tulisan

Pelik tetapi ia benar kerana setiap jenis tulisan atau font menggunakan jumlah dakwat pencetak yang berbeza.

Mungkin sesetengah pengguna tidak menghiraukan hal ini, tetapi terdapat juga pengguna yang menitikberatkan soalan penjimatan dakwat pencetak, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggunakan katrij.

Beberapa kajian oleh pakar telah dibuat dan hasil menunjukkan font Arial menggunakan 20% lebih dakwat berbanding jenis tulisan yang lain. Jika dilihat sekali imbas pun kita boleh meramal penggunaan dakwat bagi font Arial lebih tinggi kerana, hurufnya yang besar dan warna lebih pekat.

Berdasarkan ujian yang dijalankan, jenis tulisan Times New Roman 27% lebih jimat berbanding Arial. Begitu juga dengan Calibri dan Century Gothic yang menunjukkan penjimatan lebih baik dari Arial.

Berikut merupakan 4 jenis tulisan yang boleh digunakan untuk menjimatkan penggunaan dakwat.

  1. Calibri

  2. Ecofont

  3. Century Gothic

  4. Times New Roman




Sekiranya anda mahu mencetak nota, resepi atau perkara-perkara lain bolehlah beralih kepada jenis-jenis tulisan yang disenaraikan diatas.

Tetapi bagi mereka yang diwajibkan menggunakan Arial, anda perlulah turuti arahan tersebut. Seperti contoh pensyarah mahukan tugasan disiapkan dengan font Arial, janganlah gunakan font lain kerana markah anda mungkin akan ditolak.