Jika Sebelum Ini Skrin Paparan Melengkung Di Bahagian Tepi, Kini Samsung Dikhabarkan Bakal Keluarkan Skrin Melengkung Di Atas Dan Bawah

Berdasarkan laporan dari Korea Selatan, Samsung dikhabarkan sedang berusaha untuk menghasilkan skrin paparan bezel-less.

Dikatakan skrin itu bukan sahaja melengkung pada bahagian tepi tetapi ia turut melengkung pada bahagian atas dan bawah.

Ini menjadikan nisbah screen-to-body menghampiri 98% tetapi tidaklah semudah yang dijangka.

Menurut ETNews, Samsung Display dan LG Display mencari jalan untuk menghasilkan skrin tanpa bezel dan melengkun pada setiap sisi.

Walaubagaimanapun, mereka dikatakan mengalami sedikit masalah teknikal pada proses laminasi dan kita mungkin melihat skrin tersebut pada keluaran tahun hadapan.

Proses laminasi sangat penting dalam pengeluaran panel OLED dan proses sedia ada tidak sesuai untuk skrin yang dirancangkan itu.

Mungkin paling awal kita boleh lihat skrin melengkung empat sisi pada permulaan tahun 2018, Galaxy S9 mungkin?

Sumber: ETNews