Jika Kebosanan, Apa Kata Jadikan Angsa Sebagai 'Penghibur' Di Skrin Komputer Anda

Mungkin lebih kepada menjengkelkan...


Seorang pembangun muda berusia 18 tahun bernama Sam Chiet telah mencipta sebuah aplikasi yang dinamakan sebagai Desktop Goose.

Aplikasi tersebut bukan dibangunkan untuk melaksanakan suatu arahan tertentu. Sebaliknya ia sekadar bagi menghiburkan pengguna komputer yang mungkin kebosanan.

Ia mungkin menyerupai lebih kepada bentuk permainan kerana Dekstop Goose memaparkan seekor angsa berwarna putih bergerak secara bebas di paparan skrin Windows.

Tetapi adakalanya ia akan mula berbunyi HONK HONK,, meninggalkan kesan jejak dan mula membawa lari anak panah tetikus anda ketika anda sedang sibuk membuat kerja di komputer tersebut.

Atau lebih ekstrem, ia akan memaparkan lambakan imej angsa pada skrin komputer anda.

https://twitter.com/_LucasRizzotto/status/1222670377802981376?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1222670377802981376&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.theverge.com%2F2020%2F1%2F30%2F21115103%2Funtitled-goose-game-desktop-app-windows-memes-gifs

Aplikasi Goose Desktop amat sesuai kepada anda yang mungkin kebosanan dan mahukan teman ketika sedang membuat kerja di komputer.

Goose Desktop boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Windows dari laman Samperson.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=46&v=EQx6fyrZDWM&feature=emb_logo

Sumber: Polygon