Jika Anda Perlukan Telefon Pintar Dengan Bateri Yang Lebih Besar Dari Komputer Riba, Keinginan Anda Baru Terlaksana

Kapasiti bateri bagi telefon pintar mungkin merupakan perkara penting bagi sesetengah pengguna di luar sana lebih-lebih lagi jika peranti tersebut dari kelas pertengahan.

Kapasiti bateri untuk telefon pintar semakin meningkat kerana penggunaan bateri untuk telefon pintar memerlukan kuasa yang besar.

Ulefone Power 5 dari pengeluar peranti dari China menampilkan telefon pintar dengan kapasiti bateri 13, 000 mAh. Menurut Ulefone, peranti tersebut boleh bertahan selama seminggu dari segi penggunaan dan juga menyokong pengecasan tanpa wayar sehingga 10W.



Tetapi anda memerlukan tempoh sehingga 9 jam jika menggunakan pengecasan tanpa wayar dan 2 jam setengah jika menggunakan cara pengecasan normal. Dengan kapasiti yang besar seperti itu, peranti ini juga boleh digunakan untuk mengecas produk elektronik yang lain.

Spesfikasi lain adalah:

  • skrin paparan 6-inci dengan paparan full HD (2160 x 1080)

  • MediaTek MT6763

  • RAM 6GB/ ROM 64GB

  • dwi-kamera utama dengan OIS (21MP+5MP)




  • dwi-kamera swafoto (8MP+13MP)

  • 'Touch ID dan Face ID'

  • dwi-SIM

  • Android 8.1 Oreo


Peranti ini boleh didapati mulai 24 April dan butiran mengenai harga tidak lagi didedahkan di laman sesawang Ulefone.