Jerman Buka Laluan Sistem 'e-Highway' Pertama Untuk Trak

Jerman telah membuka laluan "eHighway" yang membenarkan trak kargo hybrid untuk mengecas bateri kenderan semasa dipandu.

Teknologi yang diperkenalkan ini membabitkan lebuhraya dengan jarak mencecah 10 kilometer di Autobahn berdekatan dengan bandar Frankfurt. Ia menggunakan kuasa 670v elektrik arus terus melalui kabel dibahagian atas kenderaan bagi menyambungkan kuasa dan mengecas semula bateri semasa bergerak.



Pada trak, mempunyai rod konduktor yang dipanggil 'Pantographs' dipasang pada atas kabin trak dan ia perlu mencapai kelajuan 90 km/h supaya mendapat sambungan eletrik.

Semasa sambungan elektrik berlaku, trak akan berfungsi menggunakan kuasa elektrik sahaja dan apabila bertukar ke lebuhraya biasa, ia beralih kepada enjin hybrid.

Siemens selaku salah satu syarikat yang terlibat dalam projek ELISA (electrified innovative heavy traffic on the Autobahn) ini menyatakan, teknologi itu akan menjimatkan perbelanjaan minyak sebanyak 20.000 Euro (RM93,000+-) untuk perjalanan lebih kurang 100,000km bagi trak 40 tan.

https://www.youtube.com/watch?v=HbgxcyZP0_Y

Dua lagi lebuhraya serupa sedang dalam kerja-kerja pembinaan dengan mengambil lokasi di utara Schleswig-Holstein dan satu lagi di barat daya negara itu.

Sumber: Business Insider

 

Berkaitan