Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jerman Bakal Membenarkan Kenderaan Swapandu Beroperasi Di Jalan Raya

Jerman Bakal Membenarkan Kenderaan Swapandu Beroperasi Di Jalan Raya

Diterbitkan Mei 26, 2021 oleh ariff bukhari

Kerajaan Jerman telah memberikan lampu hijau terhadap undang-undang untuk kenderaan yang dilengkapi dengan teknologi swapandu digunakan dijalan raya terbuka bermula dari tahun 2022 nanti.

Undang-undang tersebut sekaligus membenarkan kenderaan tanpa pemandu yang beroperasi sepenuhnya dengan kawalan komputer sah digunakan tahun hadapan.

Undang-undang baru itu telah pun diluluskan oleh parlimen rendah di Jerman tetapi masih perlu melepasi pengesahan dari parlimen tahap tinggi.

Setakat ini, ujian kenderaan swapandu sudah pun dibenarkan di jalan raya Jerman.

Kenderaan swapandu ini dijangka akan digunakan bagi operasi seperti pengangkutan awam, logistik, pusat kesihatan dan lain-lain.

Antara syarikat yang sudah menjalankan ujian kenderaan swapandu ini adalah seperti Argo AI yang telah menjalinkan kerjasama dengan gergasi automotif Jerman, Volkswagon bagi menguji prototaip kenderaan swapandu.

Jerman Bakal Membenarkan Kenderaan Swapandu Beroperasi Di Jalan Raya
Kenderaan prototaip swapandu pertama dari Argo AI dengan kerjasama VW. Kredit: Biz journals

Sumber: Tech Crunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY