Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jepun Sedang Menguji Pengecas USB Telefon Dalam Bas Awam

Jepun Sedang Menguji Pengecas USB Telefon Dalam Bas Awam

Diterbitkan Januari 21, 2017 oleh salor30

Nampaknya Jepun sekali lagi mengorak langkah ke hadapan dari segi kemudahan teknologi awam apabila negara itu kini dalam proses menguji pengecas USB telefon di dalam bas awam.

Biarpun bateri telefon adalah hal persendirian (tanggungjawab persendirian), tetapi kerajaan negara itu nampaknya memandang berat isu tersebut.

Menurut portal berita Jepun, IT Media, pengangkutan awam bas di kawasan Tokyo telah memperkenalkan – dan kini dalam proses pengujian – stesen pengecasan USB telefon untuk penumpang.

Biarpun pihak berkuasa masih belum membuat pengumuman rasmi tentang kemudahan itu, ramai penumpang melaporkan telah terlihat port pengecasan terbabit. Servis itu diberikan secara percuma dan sekurang-kurangnya lima alat itu diletakkan di dalam bas.

都バスにUSB充電ポートがついてる!!!!!便利だなぁ〜〜 pic.twitter.com/dQaTYWoLLw

— 巨んc (@kyon_c) January 9, 2017

USB充電ポート試験中の都バスに乗った pic.twitter.com/drunCJ4TXf

— ドジでのろまな亀 (@E233natsuki) December 31, 2016

Menurut beberapa laporan, servis itu hanya termaktub kepada sebuah bas sahaja setakat ini. Dan, tidak pasti juga bila teknologi tersebut akan mula dipasang di bas-bas lain.

Selain Jepun, beberapa negara lain juga turut menawarkan perkhidmatan sama di pengangkutan awam. Antaranya adalah London dan Singapura.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY