Jepun Menetapkan Tanda Aras Baru Kelajuan Internet Dunia

Penyelidik di Institut Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Kebangsaan Jepun (NICT) dilaporkan telah memecah rekod kelajuan internet selepas berjaya memindahkan data pada kelajuan 319 terabit (TB)/saat.

Kelajuan itu bukan sahaja memecah rekod tahun lalu yang merekodkan selaju 178TB/saat, tetapi juga adalah 2 kali ganda lebih pantas darinya yang dicapai oleh jurutera Jepun dan U.K.

Kelajuan memindahkan data selaju 319 TB/saat itu dicapai melalui ujian yang dengan menggunakan teknologi termaju gentian optik.

Berbeza dengan gentian optik yang digunakan industri ketika ini, gentian optik yang digunakan oleh NICT itu adalah amat berbeza.

Kapsyen: Antara peralatan di bahagian Seksyen Raman yang digunakan dalam sistem ujian pemindahan data NICT. Kredit: NICT


Penyelidik NICT menggunakan sejumlah 552 saluran laser yang dipancarkan pada pelbagai panjang gelombang melalui amplifier (penguat) yang dihasilkan daripada campuran bahan mineral bumi yang sukar ditemui serta menggunakan sistem pancaran laser bagi memindahkan data pada kelajuan yang belum pernah dicapai sebelum ini.

Kapsyen: Diagram skematik sistem yang digunakan NICT dalam ujian pemindahan data yang dijalankan mereka. Kredit: NICT


Walaupun kelajuan pindahan data itu dibuat secara terkawal di dalam makmal, tetapi penyelidik NICT melakukan proses pengulangan pindahan data itu yang sama jaraknya sejauh 3,001 kilometer tanpa berlaku sebarang kehilangan kelajuan atau isyarat.

Sumber: Vice, NICT

Berkaitan