Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jepun

Jepun Kuatkuasa Penjara Hingga Setahun Atas Penghinaan Dalam Talian

Diterbitkan Julai 7, 2022 · Dikemas kini Julai 7, 2022 oleh Nadiah Ab

Jepun dilaporkan akan menguatkuasakan hukuman penjara sehingga setahun sekiranya didapati menyiarkan “online insult” atau penghinaan dalam talian.

Undang-undang baharu ini telah diluluskan awal musim panas ini dan akan berkuatkuasa mulai hari ini.

Orang yang disabitkan dengan penghinaan dalam talian juga boleh didenda sehingga 300,000 yen (lebih RM9,000).

Sebelum ini, hukumannya adalah kurang daripada 30 hari penjara dan sehingga 10,000 yen (lebih RM300) sahaja.

Undang-undang ini akan diteliti semula dalam masa tiga tahun untuk menentukan sama ada ia memberi kesan kepada kebebasan bersuara, yang juga telah dibangkitkan oleh pengkritik rang undang-undang itu.

Para penyokong pula mengatakan undang-undang ini perlu untuk mengurangkan buli siber di negara tersebut.

Namun, tidak ada definisi yang jelas tentang apa yang dianggap sebagai penghinaan, mengikut kenyataan dari Seiho Cho, seorang peguam jenayah di Jepun.

Undang-undang tersebut mengatakan penghinaan bermaksud merendahkan seseorang tanpa fakta khusus berkaitan mereka.

hana kimura
Hana Kimura. Sumber: SCMP

Penguatkuasaan ini juga berikutan dengan kematian kerana bunuh diri seorang bintang televisyen realiti, Hana Kimura, dipercayai disebabkan oleh buli siber.

Sumber: Kyodo News
Gambar utama: WebPurify

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY