Jepun Bakal Gunakan Dron Untuk "Halau" Pekerja Lebih Masa Pulang Ke Rumah

Bekerja lebih masa bagi menyiapkan tugasan adalah suatu perkara yang normal, tetapi apabila dilakukan setiap hari sehingga mengabaikan kehidupan sosial dan kesihatan, ia petanda yang tidak bagus.

Salah satu negara yang mengalami masalah tersebut adalah Jepun dimana ada kes kematian yang melibatkan kerja lebih masa sehingga 159 jam.

Melihat kepada kesan teruk yang semakin meningkat itu, sebuah syarikat, Taisei akan membangunkan sebuah dron yang akan "menghalau" pekerja untuk pulang apabila sampai waktunya.

Dron itu akan berlegar di ruang kerja sambil memainkan lagu " Aud Lang Syne" (biasa dimainkan di Jepun menandakan waktu sudah tamat) untuk memaksa pekerja pulang. Ditambah pula dengan bunyi bilah kipas yang bising untuk menganggu tumpuan pekerja.

Ia beroperasi secara automatik sepenuhnya tanpa bantuan GPS dan bakal dijual pada harga 50,000 Yen (~RM1798.00). Difahamkan penggunaan dron terbabit akan dimulakan pada April 2018.

Adakah cara ini dapat mengurangkan masa kerja lebih masa di Jepun? Apa pendapat anda?

Sumber: Engadget