Jenama Telefon China Ini Juga Mahu Bangunkan Cip 5G Sendiri

Seperti yang diketahui, dua syarikat pengeluar cip pemprosesan terbesar dunia untuk telefon pintar adalah Qualcomm dan MediaTek.

Terbaru, Digitimes melaporkan bahawa terdapat jenama telefon pintar yang mahu membangunkan cip pemprosesan 5G mereka yang tersendiri.

Dua syarikat tersebut, Xiaomi dan OPPO bertindak sedemikian kerana melihat situasi semasa, bekalan cip untuk telefon amatlah terhad dan mereka turut terjejas.

Oleh itu, mereka merancang untuk memperkenalkan cip 5G sub 6GHz sekitar penghujung tahun ini atau seawal tahun 2022.

Sebenarnya, inisiatif ini bukanlah baru bagi syarikat besar di China kerana sebelum ini OPPO juga dikhabarkan untuk menghasilkan cip tersendiri menerusi rancangan "Mariana Plan".

Tambahan lagi, Xiaomi juga telah merasmikan cip tersendiri yang mengkhususkan teknologi kamera melalui Surge C1. Walaupun ia bukanlah cip pemprosesan, mungkin suatu hari nanti cip S1 baharu boleh diperkenalkan kelak.

Sumber: Digitimes via android authority