Jemputan Acara Pelancaran Huawei P20 Memberi Bayangan Tetapan Tiga Kamera

Dari kesemua informasi berkaitan Huawei P20 dan Huawei P20 Plus yang hebat dicanang di internet ketika ini, satu-satunya yang boleh disahkan benar adalah hari pelancaran peranti tersebut.

Dijadualkan pengenalannya akan diadakan pada 27 Mac 2018 depan, Huawei telah mengedar jemputan kepada pihak media dimana acara itu bakal diadakan di kotaraya Paris.



Bentuk "OOO" boleh dilihat disebalik latarbelakang menara Eiffel dan ia seakan-akan memberi bayangan tetapan tiga kamera bakal melengkapi Huawei P20 dan Huawei P20 Plus. Ia turut ditambah dengan "SEE MOOORE WITH AI", mengukuhkan lagi ramalan tersebut.

Khabar angin ada menyebut, kamera ketiga berkenaan akan dilengkapi dengan ciri 5X zoom hybrid.

Tambahan lain, Huawei P20 Lite dilaporkan telah mendapat pensijilan dari FCC di Amerika Syarikat. Peranti itu dikhabarkan mempunyai rekaan takuk yang menempatkan kamera swafoto dan sensor, mirip seperti iPhone X.

Sumber: Phone Arena