Jelly Pro-Telefon Pintar Bersaiz Kecil

Telefon bimbit telah digunakan sejak tahun 1908 lagi. Dahulunya ia dikenali sebagai telefon bimbit tetapi kini ia sudah dikenali sebagai telefon pintar kerana fungsi dan reka bentuknya yang semakin berteknologi. Revolusi telefon pintar, menjadikan ia semakin penting dalam kehidupan seharian dan mampu menarik perhatian umum.

Boleh dikatakan, semua syarikat telefon pintar di luar sana berlumba-lumba untuk memastikan spesifikasi yang mereka lengkapkan mampu untuk memuaskan kehendak pelanggan. Mereka juga cuba menghasilkan aspek-aspek yang unik seperti emoji yang boleh bercakap, dan “face unlock”.

Kebanyakkan telefon pintar yang ada di pasaran bersaiz besar manakala Jelly Pro adalah sebuah telefon bimbit bersaiz kecil dengan ciri penuh android 7.0 Nougat dan juga menyokong rangkaian 4G.

Kredit: Indiegogo

Jelly Pro dilengkapi dengan 2GB RAM dan 16 GAB ROM serta ia juga mempunyai ruang kad slot Dual Nano Sim. Ketahanan bateri peranti ini sehingga 950 mAh.

Walaupun peranti ini bersaiz kecil, tetapi anda masih boleh memuat turun sebarang aplikasi dari playstore seperti telefon Android yang lain. Bagi penggemar “selfie”, ia juga dilengkapi dengan, 2MP kamera depan dan 8MP kamera belakang.

Kredit: Indiegogo

Bagi yang mencari kelainan dalam telefon pintar, maka Jelly Pro adalah jawapan kepadanya. Kelebihan pada reka bentuk dan ciri-ciri yang dilengkapi dalam peranti ini menjadikan ia sesuatu yang perlu dimiliki.

Sumber: Indiegogo

 

Marlya Syafikah

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408