Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangkaian Mudah Alih Malaysia Lebih Laju Berbanding Thailand, Indonesia Dan Filipina

Jaringan Telekomunikasi Kini Diiktiraf Sebagai Utiliti Ketiga Negara

Diterbitkan November 9, 2020 oleh ariff bukhari

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memaklumkan bahawa mereka gembira dan amat berterima kasih kerana Belanjawan 2021 telah mengiktiraf jaringan telekomunikasi sebagai utiliti ketiga.

Sekaligus menjadikan kesalinghubungan internet, ekonomi digital dan ekonomi kreatif negara sebagai keperluan penting ketiga negara selepas air dan elektrik.

Sebelum ini menerusi Menterinya, Saifuddin Abdullah telah menyuarakan harapan agar kerajaan mengiktiraf Internet sebagai utiliti awam ketiga negara.

Jadi dengan penarafan ini, ia akan lebih mempercepatkan proses kelulusan dan pembinaan infrastruktur telekomunikasi pada masa hadapan.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan memaklumkan peruntukan sebanyak RM9.4 bilion dikhususkan bagi membangunkan strategi digital nasional yang holistik merentasi sektor industri dan rakyat Malaysia.

Ia termasuklah menerusi pelaksanaan Program Jaringan PRIHATIN yang menelan belanja RM1.5 bilion dan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Sumber: SKMM dan KKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY