Jepun Menghasilkan Keretapi Peluru Generasi Terbaru Yang Mampu Mencapai Kelajuan Tertinggi 400Km/j

Rekaan muncung hidungnya adalah sepanjang 22 meter.


Jepun baru-baru ini telah melancarkan prototaip keretapi peluru generasi terbaru yang dipanggil Alfa-X. Keretapi tersebut dikatakan mampu mencapai kelajuan tertinggi sehingga 400Km/j.

Pada kelajuan itu, ia akan menjadikan keretapi peluru dari negara matahari terbit ini sebagai keretapi terpantas di dunia, mengatasi kelajuan keretapi peluru generasi terdahulu yang kini dimiliki Jepun dan juga dari negara Perancis.

Rekabentuk erodinamik keretapi prototaip tersebut termasuklah rekaan muncung hidungnya yang sepanjang 22 meter yang bertujuan bagi meminimumkan tekanan dan tahap bunyi yang dihasilkan apabila tren tersebut memasuki terowong.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=13&v=sJBGJa8byMc

Keretapi peluru yang dijanakan oleh kuasa elektrik ini dilengkapi dengan 10 enjin penjana elektrik yang dibangunkan oleh industri berat Kawasaki dan Hitachi.

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai  teknologi tercanggih seperti pengesan gegaran, suhu, serta peralatan khas yang akan membantu mengurangkan impak kemalangan jika berlakunya bencana gempa bumi.

Malah ia juga tidak menggunakan brek konvesional, sebaliknya menggunakan brek angin yang terletak pada bumbungnya serta brek magnetik yang diletakkan hampir dengan rel bagi memperlahankan tren.

Setakat ini, sebanyak 10 buah tren keretapi peluru Alfa-X sudah diuji pada 13 Mei lalu antara bandar Aomori dan Sendai pada sebelah malam.

Ujian terhadap Alfa-X ini akan dijalankan selama lebih daripada tiga tahun sebagai persediaan awal sebelum ia dijadualkan berkhidmat pada 2030.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=3&v=Bs4wLpsZNfI

Sumber: Design Boom