Japan Display Mencari Dana Untuk Membekalkan Panel LCD

Sebelum Apple menggunakan panel OLED untuk peranti iPhone X, Japan Display bertanggungjawab menghasilkan skrin paparan LCD untuk kebanyakkan peranti iPhone sebelum ini.

Keputusan Apple Inc. menggunakan skrin paparan OLED untuk iPhone X secara tidak langsung mengurangkan pulangan untuk pembuat dari Jepun tersebut.



Namun dengan jualan peranti iPhone X yang tidak mencapai sasaran, Apple Inc. dikatakan masih mahu mengeluarkan peranti yang menggunakan skrin paparan LCD. Japan Display sekurang-kurangnya memerlukan dana sebanyak RM 1.9 bilion bagi memenuhi pesanan dari Apple.

Japan Display juga dikatakan mempunyai rekaan inovatif yang menarik minat Apple, Full Active LCD yang didakwa mempunyai kelebihan berbanding OLED pada kos yang lebih rendah.

Panel Full Active mempunyai bingkai yang nipis di sekeliling skrin paparan berbanding panel LCD tradisional dan mempunyai sudut lengkungan yang boleh digunakan dalam rekaan melengkung.

Apple Inc. dijangka akan mengeluarkan 3 peranti iPhone untuk tahun ini dan satu daripadanya akan menggunakan panel LCD dengan teknologi Face ID diintegrasikan untuk kesemua model.