Ming-Chi Kuo: iPhone Tahun 2021 Tidak Akan Mempunyai Lubang Pengecasan Lightning

Belum lagi tahun 2019 melabuhkan tirai, kita sudah mendengar bermacam-macam khabar angin mengenai iPhone generasi seterusnya. Untuk ura-ura yang terbaru, dikatakan iPhone untuk tahun 2021 akan tidak mempunyai lubang pengecasan Lightning.

Melalui laporan Ming-Chi Kuo, Apple bakal membuang lubang pengecasan Lightning. Namun, ia bukan untuk memberi laluan kepada kabel USB-C, sebaliknya ia akan bergantung sepenuhnya kepada teknologi tanpa wayar untuk mengecas dan untuk memindah data. Apple telah menggunakan lubang pengecasan Lightning sejak dari 2013. Jadi, perubahan ini adalah besar buat Apple dan juga pengguna produk-produk mereka.

Repustasi laporan Ming-Chi Kuo agak tinggi memandangkan banyak jangkaannya sebelum ini tepat sehingga kepada produk akhir. Jika Apple betul mahu membuang lubang pengecasan Lightning ini, apakah pendapat anda?

Sumber: 9to5Mac

 

 

Berkaitan