Jangkaan IDC: Pada Tahun 2023, 50% Jualan Telefon Pintar Adalah Dari Telefon 5G

International Data Corporation (IDC) kini telah mengumumkan laporan terbaharu mengenai pasaran global telefon pintar.

Dengan masalah pandemik koronavirus yang berlaku, pasaran global menyaksikan penurunan jualan telefon pintar berbanding tahun sebelumnya.

Menurut IDC, jualan telefon pintar akan kembali pulih dan terus meningkat bermula pada tahun 2022.

IDC Global Smartphone Market Forecast 2019-2024

Selain itu, jualan telefon pintar 5G juga akan meningkat sehingga kepada 50% keseluruhan jualan pada tahun 2023. Pada masa yang sama juga jualan telefon pintar 4G akan menurun disebabkan penambahan model telefon 5G.

Antara faktor penambahan model telefon 5G selain dari rangkaian dan infrastruktrur, ia adalah dari kos penghasilannya.

Dijangkakan purata penghasilan akan berkurang dari tahun ke tahun dengan nilai mencecah 400 USD (~RM1,659) pada tahun 2024.

Sumber: IDC

 

Berkaitan