"Jangan Tertipu Dengan E-mel Ini, Ia Adalah SCAM" - Telekom Malaysia

Telekom Malaysia(TM) sebentar tadi telah memperingati orang ramai untuk tidak melayan atau mempercayai satu e-mel penipuan atau scam atas nama syarikat mereka yang sedang berlegar di internet sekarang ini. Contoh kiriman e-mel tersebut adalah seperti di bawah :

Kredit : @myTMgroup


Dalam kiriman berkenaan, penerima e-mel dikatakan telah memenangi hadiah loteri khas bersempena dengan Program Kemenangan atau Program Khas Keluarga Telekom Malaysia yang diadakan pada 22 Ogos. Pemenang diminta untuk menghubungi Bahagian Tuntutan TM untuk proses penebusan hadiah.

Nombor tiket kemenangan serta nombor sirinya disertakan bersama kiriman ini. Malah, nama syarikat Toyota Malaysia serta Tenaga Nasional Berhad juga telah digunapakai bagi meyakinkan penerima mengenai program tersebut.

Bagaimanapun, kami dapati pengirim bukanlah profesional dalam gejala ini apabila beberapa kesilapan ejaan seperti beraama(bersama), tunttan(tuntutan), tujoh(tujuh) dan puloh(puluh) dapat dikenalpasti dalam kiriman e-mel tersebut. Syarikat terkemuka seperti TM pastinya tidak akan mengirim e-mel dengan kesilapan sebegitu.

https://twitter.com/myTMgroup/status/1032869238942261250

Pihak TM juga mengingatkan bahawa orang ramai yang menerima kiriman e-mel yang meragukan atas nama Telekom Malaysia agar menghubungi mereka bagi membuat laporan atau mendapatkan kepastian.

 

Sumber