Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Dalam Perancangan Menggunakan ID Digital Di Malaysia

“Anda Pemenang Wang Tunai RM270 Ribu Dari TM”. Percayalah Sangat

Diterbitkan November 21, 2020 ยท Dikemas kini November 21, 2020 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa berlaku penularan mesej di media sosial yang ditujukan kepada pengguna kononnya mereka adalah pemenang hadiah wang tunai sebanyak RM270,000 di bawah skim TMFamily Gift Bonus.

Mesej tersebut dikesan hasil dari pemantauan oleh Rangkaian Pemantauan Perisikan Siber.

Pengguna yang menerima mesej tersebut didakwa masih mempunyai transaksi yang belum diselesaikan dengan syarikat Telekom Malaysia Berhad bagi membolehkan mereka menebus hadiah kemenangan tersebut.

Sehubungan itu SKMM menegaskan bahawa pihak mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah wang tunai seperti yang didakwa.

SKMM menasihatkan pengguna supaya sentiaa berwaspada dan tidak mudah tertipu dengan mesej-mesej seperti itu.

Jika pengguna ada menerima mesej-mesej seperti itu, mereka disyorkan melaporkannya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan segera untuk tindakan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY