WhatsApp Gold kembali cuba memperdaya pengguna.
Ketika "Perintah Kawalan Pergerakan" dikuatkuasakan, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menipu pengguna.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan hebahan kepada orang ramai supaya berhati-hati terhadap mesej yang menawarkan untuk memuat turun WhatsApp Gold serta amaran berkenaan pengeluaran video bertajuk ‘Gambarelli’.
Ini kerana dipercayai aplikasi serta video tersebut membawa perisian hasad di dalamnya
Menurut SKMM, mesej yang ditularkan adalah mesej yang dikitar semula sejak Mei 2016 lagi. Mesej asal tersebut menawarkan aplikasi WhatsApp Gold yang kononnya dilengkapi ciri-ciri kelebihan istimewa seperti panggilan video, penghantaran gambar sehingga 100 keping gambar dalam satu masa serta pemadaman mesej yang telah dihantar dalam masa beberapa jam.
Pengguna yang menerima pautan untuk memuat turun apliaksi tersebut akan diminta memuat turun apliaksi WhatsApp Gold, dan kemudian akan membawa pengguna ke satu laman web yang mengandungi perisian hasad.
Mesej tersebut dipercayai telah diolah setiap tahun bagi mengelirukan pengguna dengan disertakan amaran berkenaan video“Gambarelii/ Martinelli” yang turut mengandungi virus. Namun tiada bukti bahawa wujudnya video tersebut.
Jadi, sekiranya anda ada menerima sebarang pautan muat turun aplikasi atau video yang meragukan dari pihak yang tidak dikenali, segeralah melaporkannya terus kepada SKMM.
Sumber: SKMM
Berkaitan
- Tujuan Ciri Mesej Terpadam Sendiri Pada Aplikasi WhatsApp
- WhatsApp Menambah Baik Ciri Hantar Mesej Pada Diri Sendiri
- WhatsApp Bangunkan Ciri Mesej Video Untuk Pengguna iPhone
- Pengguna Android, Storan WhatsApp Anda Tidak Lagi Percuma
- Jangan Tekan Pada Pautan Cabutan Bertuah Petronas Di Aplikasi WhatsApp
- Grup WhatsApp Didakwa Antara Penyebab Kepada Masalah Kemurungan
- Akhirnya, WhatsApp Untuk iPad Mungkin Akan Tiba Tidak Lama Lagi
- WhatsApp Dan Instagram Menjadi Lubuk Utama Serangan 'Phishing'
- WhatsApp Memfailkan Saman Terhadap Kerajaan India Selepas Dipaksa Ikuti Undang-Undang Digital Baru Negara Itu
- Ini Cara Melihat Mesej-Mesej WhatsApp Yang Telah Dipadam Oleh Si Penghantar Mesej