Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jangan Terpedaya Dengan Tawaran 1000GB Data Internet Percuma Di Aplikasi WhatsApp

Jangan Terpedaya Mesej Tawaran Peluang Jana Pendapatan Sehingga RM500 Sehari

Diterbitkan November 13, 2020 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengeluarkan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran peluang menjana pendapatan dari pihak tidak dikenali.

Ini berikutan berlaku penyebaran mesej daripada pihak meragukan kononnya menawarkan peluang menjana pendapatan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 yang disebar menerusi platfom aplikasi WhatsApp dan media sosial lain.

SKMM mendedahkan, mesej tersebut berbunyi seperti ini, “Due to the influence of COVID-19, majority of Malaysians are facing salary problems. We are now launching a mobile online part-time platform, earning RM100-RM500 per day, please click here https://***********.”

Oleh itu, SKMM mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan daripada membalas atau klik pada pautan yang diberikan.

Tindakan terbaik adalah dengan memadam mesej tersebut dan tidak pula berkongsikan mesej itu tadi.

Bersama #KitaJagaKita.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY