Mula dikesan oleh penyelidik keselamatan bernama Kaleb Kirk dari Cofense, beliau melaporkan bahawa terdapat aktiviti cubaan penipuan menerusi e-mel yang dihantar kepada pengguna Windows 7 dengan menawarkan naik taraf sistem komputer pengguna kepada Windows 10 secara percuma.
E-mel yang berbunyi RE: Microsoft Windows Upgrade itu mengandungi pautan bagi memancing pengguna.
Cuma agak kelakarnya adalah dalam kandungan e-mel itu turut disenaraikan manfaat yang kononnya akan diterima pengguna sekiranya mereka menaik taraf kepada Windows 10 menerusi pautan yang diberikan.
Penyelidik mendapati, jika pengguna klik pada pautan itu, ia akan membawa ke laman palsu log masuk Microsoft Outlook.
Sekaligus penggodam akan dapat mengakses nama dan kata laluan pengguna. Jadi penyelidik menegaskan supaya jangan sesekali klik pada pautan tersebut.
Jadi sekiranya anda ada menerima e-mel sebegini, sebaiknya pengguna abaikan saja e-mel tersebut.
Seperti semua sedia maklum, sistem operasi Windows 7 sudah pun ditamatkan sepenuhnya sokongan oleh Microsoft pada Januari 2020 lalu.
Jadi anda disyorkan supaya menaik taraf kepada Windows 10 asli bagi menerima kemas kini ciri keselamatan terkini dari Microsoft.
Berkaitan
- Kemas Kini Terbaru Untuk Pengguna Windows 10 v1903
- Apple Tidak Lagi Menawarkan Model iPhone 7, iPhone XS dan XS Max Di laman Apple Store
- Microsoft Melanjutkan Sokongan Untuk Pengguna Windows 10 Versi 1709
- 10 Judul Permainan Ini Sering Digunakan Untuk Menyebarkan Perisian Hasad
- Klon 'Apple Watch Series 7' Dilaporkan Muncul Di China
- Umur Matahari Ada 7 Bilion Tahun Lagi, Sedang Berada Dalam Fasa Stabil - Agensi Angkasa Eropah
- Kemas Kini Terbaru Untuk Pengguna Windows 11
- Berdesup, Cip A17 Bionic Didakwa Sepantas PlayStation 5 Tapi Jauh Lebih Jimat Tenaga
- Ini Adalah 10 Telefon Pintar Android Global Paling Berkuasa Setakat Disember 2023
- Windows 10 Bakal Hadir Dengan Barisan Rekaan Ikon Baru Bagi Aplikasi-Aplikasi Utamanya