Ia adalah e-mel palsu bagi memperdaya sekaligus mencuri kata laluan pengguna.

Penipuan (scam) melalui hantaran e-mel adalah antara teknik phishing yang popular digunakan oleh penggodam bagi memperdaya mangsa mereka kerana ia amat berkesan.

Walaupun sudah banyak kali menerusi media utama dan usaha kerajaan menyampaikan maklumat tentang teknik penipuan ini kepada masyarakat, masih ramai juga yang menjadi mangsa.

Untuk kali ini, penggodam cuba menipu pengguna menerusi hantaran e-mel yang kononnya kata laluan akaun mereka akan ditukar.

Teknik phishing ini akan meminta pengguna klik pada pautan e-mel “Keep same password” atau kononnya kata laluan akan ditukar jika pengguna tidak bertindak.

IKLAN

Your account [email protected] password expires today 11/11/2019 6:26:44 a.m.

Please kindly use the button below to continue with the same password

Keep same password

NOTE : This is a one time user verification carried out in purpose to provide a more secured platform and shut down robot or malicious users created in purpose of spamming and other fraudulent activities .

Copyright © 2019 example.com security management

Jika mangsa terpedaya dan klik pada pautan “Keep same password“, ia akan membawa anda ke laman yang meminta anda log masuk ke e-mel anda.

Ia sebenarnya adalah cara bagi membolehkan penggodam mencuri kata laluan yang dimasukkan anda tadi.

Oleh itu, jangan terpedaya dan mudah klik pada sebarang pautan yang meragukan diterima anda.

Sumber; Bleeping Computer