Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Melihat Sedikit Ke Dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 – Bahagian 1

Jangan Guna 7 Aplikasi Pemberi Pinjam Wang Tidak Berlesen

Diterbitkan Disember 30, 2020 · Dikemas kini Disember 30, 2020 oleh ariff bukhari

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) mengingatkan orang ramai supaya tidak memasang sebarang aplikasi dari Pemberi Pinjam Wang (PPW) tidak berlesen.

Merujuk kepada siaran media JPDP bertarikh 20 November lalu, JPDP dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKM) telah membuka Kertas Siasatan ke atas 6 aplikasi dari PPW tidak berlesen iaitu:-

  1. Asialend (A-Lend)
  2. Dreamlend (SecureLend2U Pte Ltd)
  3. iPayfren (InRushTime Pte Ltd)
  4. iPinjaman
  5. Helplend4u (Ezy-Loan Pte Ltd)
  6. GoCash4u (FastCash2U Pte Ltd)
  7. iCredit App

Siasatan dibuat ke atas 6 aplikasi tersebut selepas pihak JPDP menerima banyak aduan berkaitan penyalahgunaan data peribadi oleh aplikasi-aplikasi tersebut.

Kesemua aplikasi itu didapati telah mengkases dan menyalin maklumat lain pengguna termasuklah data peribadi yang tidak berkaitan dengan urusan pinjaman tanpa kebenaran peminjam.

Oleh itu jika anda ada memasang dan menggunakan aplikasi -aplikasi tersebut,  anda disyorkan membuangnya segera dari telefon pintar anda.

Atau bagi mana-mana peminjam yang data peribadi mereka telah disalahgunakan oleh aplikasi PPW tidak berlesen itu, diminta untuk melaporkannya kepada Bahagian Penguatkuasaan JPDP menerusi e-mel [email protected] atau Sistem Perlidungan Data Peribadi (daftar.pdp.gov.my) bagi membantu pihak berkuasa menyiasat perkara ini.

JPDP menasihatkanorang ramai supaya lebih berhati-hati apabila membuat sebarang pinjaman secara dalam talian di dalam aplikasi yang dimuat turun.

Peminjam juga dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu dengan Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengetahui status pendaftaran PPW berkenaan.

Sumber; JPDP, MyCERT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY