Hanya 250 unit jam tersebut dihasilkan.
Jacob & Co, syarikat pengeluar jam tangan ultra mewah telah buat pertama kalinya bekerjasama dengan pembina kereta ultra mewah dan terpantas di dunia, Bugatti.
Hasil kerjasama itu, mereka telah menghasilkan rekaan jam tangan yang dikenali sebagai Chiron Tourbillon.
Istimewanya jam tangan ini adalah ia dimuatkan di dalamnya dengan replika enjin W16 yang menjadi nadi kepada model hypercar Bugatti Chiron.
Bukan sekadar statik, tetapi replika enjin yang lengkap dengan 16 omboh dalam jam tangan Chiron Tourbillon ini boleh bergerak.
https://www.instagram.com/p/B-uV0rsjuO0/?utm_source=ig_embed
Menurut Jacob & Co, jumlah komponen yang diperlukan bagi membina jam tangan ini melibatkan sebanyak 578 komponen berbeza. Komponen yang paling sukar untuk dihasilkan pula adalah bahagian aci engkol ( crankshaft).
Hanya sebanyak 250 unit jam tangan Chiron Tourbillon ini dihasilkan. Jika anda berminat dan mampu memilikinya, anda bolehlah menempah jam tersebut yang harga USD280,000 atau sekitar RM1.2 juta.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=518&v=VOga7HrL-Qs&feature=emb_logo
Sumber: Auto Blog
Berkaitan
- Apple Mengemas Kini Sistem Operasi Jam Pintar Apple Watch Kepada watchOS 7
- Selepas 30 Tahun, 'Cincin' Planet Neptun Berjaya Dirakam Dengan Terperinci Oleh Teleskop Angkasa James Webb
- Ini Nilai Kerugian Ekonomi Jika Berlaku Gangguan Internet Di Seluruh Malaysia Dalam Masa 1 jam
- Jam Simbol 'LGBT' Dirampas Penguat Kuasa Malaysia, Swatch Akan Ambil Tindakan Undang-Undang
- Apple Umum MacBook Air 15 Inci, Bateri Sehingga 18 Jam
- Video Memaparkan Menara Jambatan Yang Sedang Dibina Di China Ini Dipusingkan Sehingga 84 Darjah
- Cakera Blu-Ray Ini Dijamin Mampu Simpan Data Selama 100 Tahun
- Jangan Guna 7 Aplikasi Pemberi Pinjam Wang Tidak Berlesen
- Sambar Cepat Jam Pintar Terbaru Huawei Ini Dengan Rebat RM200 Sempena Jualan Shopee 11.11
- Tentera AS Dilarang Hidupkan Jam Pintar Yang Diterima Melalui Surat