Jam Tangan Pintar Terbaik Untuk Anda

Jam tangan pintar dapat digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya untuk mengesan lokasi dengan GPS atau memantau degupan jantung untuk menjaga kesihatan. Ia juga dapat dipadankan dengan telefon pintar, malah ada yang boleh berfungsi dengan sendiri tanpa telefon bimbit.

Jam pintar mungkin lebih mahal daripada jam tangan biasa, namun seperti yang dinyatakan di atas, jika digunakan sepenuhnya, pastinya berbaloi.

Terdapat pelbagai pilihan jam tangan pintar yang ada di pasaran dan menjadikannya sukar untuk membuat pilihan dari segi harga, ciri, dan juga jenama yang terbaik. Semua ini bergantung kepada tujuan anda ingin memiliki jam tangan pintar tersebut. Adakah hanya untuk dipasangkan dengan iPhone anda? Atau untuk digunakan sewaktu bersenam?

Di sini, kami telah menghimpunkan senarai jam tangan pintar terbaik untuk membantu anda membuat pilihan nanti. Selamat membaca!

1. Apple Watch Series 5


jam tangan pintar terbaik
OS: watchOS 6                   Mod Keserasian: iOS 

Paparan:
1.78" OLED   Pemproses: Apple S5  

Saiz Tali:
Pelbagai bergantung saiz jam

Memori Simpanan:
32GB Bateri: 1 hari ke 36 jam

Cara Pengecasan:
Tanpa wayar

Penyambungan: Wi-Fi, Bluetooth, NFC, LTE

Apple Watch Series 5 ini dipercayai jam tangan pintar yang paling terbaik setakat ini, lebih-lebih lagi jika anda adalah pengguna iPhone. Ciri Always-on-Display menjadikannya sangat berguna apabila digunakan ketika bersenam.

Selain sentiasa dapat melihat masa pada jam, Apple Watch juga secara automatik boleh menyesuaikan diri dengan keadaan di sekeliling dengan bantuan sensor cahaya persekitaran. Anda juga tidak perlu risau kerana walaupun paparannya sentiasa aktif, ia tidak akan menghabiskan bateri jam tersebut.

Jika anda sedang mencari Apple Watch yang terbaik, inilah jawapannya. Anda boleh membuat pembelian di Apple.

2. Samsung Galaxy Watch Active 2


jam tangan pintar terbaik
OS: Tizen OS                    Mod Keserasian: Android, iOS  

Paparan:
1.2" 360 x 360 Super AMOLED

Pemproses:
Dual-core 1.15GHz Saiz Tali: 20mm

Memori Simpanan:
4GB Cara Pengecasan: Tanpa wayar

Jangka Masa Bateri:
Kira-kira 2 hari

Penyambungan: Wi-Fi, Bluetooth

Bercirikan lebih kurang sama dengan Apple Watch, Galaxy Watch Active 2 dapat memberikan ciri jam pintar Apple pada harga yang lebih murah. Jam tangan pintar Samsung ini berfungsi dengan kedua-dua telefon pintar Android dan juga iOS. Ia juga dilengkapi dengan GPS, pemantauan denyutan jantung, serta dapat mengesan aktiviti dan tidur anda secara automatik.
Selain sangat sesuai digunakan untuk aktiviti bersenam, Samsung Galaxy Watch Active 2 juga kelihatan canggih dan mungkin mempunyai salah satu pilihan bateri paling tahan lama berbanding pilihan yang lain. Jika berminat, anda boleh dapatkannya di Samsung.

3. Fitbit Versa 2


jam tangan pintar terbaik
OS: Fitbit OS                    Mod Keserasian: Android, iOS  

Paparan:
300 x 300 AMOLED Memori Simpanan: 2.5GB

Cara Pengecasan: Pin penyambung magnet

Jangka Masa Bateri:
Sehingga 5 hari

Penyambungan: Wi-Fi, Bluetooth 4.1, NFC

Fitbit Versa 2 merupakan jam tangan pintar dan pengesan kecergasan terbaru dari Fitbit. Fitbit Versa 2 juga adalah peningkatan yang lebih baik dari Versa yang asal yang ditambah ciri Alexa dan ciri pengesanan tidur yang lebih baik.

Sebagai salah satu Fitbit terbaik, Versa 2 boleh dipasangkan dengan iOS dan Android. Malah, anda juga boleh mendengar Spotify melalui jam tangan pintar ini. Anda boleh dapatkan Fitbit Versa 2 di Harvey Norman.

4. Honor Magic Watch 2



OS: LiteOS                 Mod Keserasian: Android, iOS  

Paparan:
1.2-inch/1.39-inch 454 x 454 AMOLED

Memori Simpanan: 4GB Jangka Masa Bateri: 7 hari/14 hari

Cara Pengecasan:
Pin penyambung magnet

Penyambungan: Wi-Fi, Bluetooth 4.1, NFC

Sekiranya anda seorang yang aktif bersukan, maka jam tangan pintar Honor Magic Watch 2 adalah jam yang direka khusus untuk anda. Ini kerana jam tangan ini boleh mengesan pelbagai jenis sukan, dan bahkan dapat memberikan nasihat dan maklum balas untuk aktiviti tertentu.

Jam ini juga boleh bertahan dengan lama tanpa perlu dicas, sehingga satu atau dua minggu bergantung dengan versi mana yang anda gunakan. Jika anda berminat, anda boleh dapatkan Honor Magic Watch 2 di Honor.

5. Garmin Vivoactive 4


jam tangan pintar terbaik
Mod Keserasian: Android, iOS    Saiz Tali: 22mm

Paparan:
1.3 inch (33 mm) 260 x 260 pixel

Memori Simpanan: 3.6GB Jangka Masa Bateri: 7-8 hari

Cara Pengecasan:
Pin penyambung magnet

Penyambungan: Bluetooth, ANT+, Wi-Fi

Garmin Vivoactive 4 adalah jam pintar terbaik untuk kecergasan dan hadir dalam dua saiz iaitu 40mm dan 45mm. Jam tangan pintar ini juga menawarkan ciri animasi yoga dan Pilates pada skrin untuk membantu anda semasa melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

Selamat membeli!