Jam Pintar Moto 360 Baharu Dilancarkan, Tetapi Bukan Motorola Yang Menjualnya

Versi pertama Moto 360 yang dilancarkan pada 2014 mendapat perhatian ramai disebabkan rekaan berbentuk bulat yang kemas dan ringkas. Versi kemaskini kedua telah dilancarkan pada tahun 2015 dan sehinggalah pada 2016, Motorola mengundur diri dari pasaran jam pintar.

Akhirnya pada tahun 2019, Moto 360 membuat kemunculan semula, namun kali ini ia tidak dibuat oleh Motorola sebaliknya sebuah syarikat lain bernama eBuyNow.  Moto 360 yang kini memasuki versi ketiga ini menjalankan Wear OS, Snapdragon 3100, 1GB RAM dan 8GB storan dalaman. Ia juga mempunyai pemantauan kadar degupan jantung, GPS dan juga NFC untuk pembayaran mudah alih.



Skrin jam pintar berukuran 1.2 inci dengan resolusi 390 x 390 OLED serta menyokong paparan always-on. Paparan jam dilindungi oleh kaca Gorilla Glass 3. Terdapat 2 butang di mana salah satunya boleh diputarkan sama seperti jam Apple Watch. Terdapat bateri bersaiz 355mAh dan boleh dicas penuh dalam 60 minit. Jam tersebut juga mempunyai ketahanan air sehingga 3ATM.

Terdapat juga mod penjimatan bateri di mana hayat bateri jam akan dipaparkan sehingga 3 hari walaupun bateri berada pada paras kritikal. Ia hadir dengan 3 pilihan warna Steel Grey, Rose Gold, dan Phantom Black.

Jam pintar Moto 360 baharu ini dijual pada harga $350 USD sekitar RM1,464 dan boleh membelinya melalui pra-tempahan di laman moto360.com.

Berkaitan