Jam Pintar Moochies Dengan Fungsi Keselamatan Untuk Kanak-kanak





Kepada Ibu Bapa yang mahu menjaga keselamatan anak kecil mereka, mungkin anda perlu mendapatkan jam pintar Moochies ini. Selain dari mempunyai ciri menjawab panggilan dari Ibu Bapa, ianya juga mempunyai fungsi GPS yang dapat mengenal pasti lokasi anak mereka. Ianya juga mampu mengesan pergerakkan anak mereka dengan fungsi GPS. Sudah tiba masanya untuk Ibu Bapa mencari alternatif penggunaan telefon pintar di sekolah dengan hanya memberi jam pintar Moochies ini. Kita sudah sedia maklum, pendedahan kanak kanak terhadap telefon pintar akan sedikit sebanyak merosakkan pelajaran dan hidup sosial kanak kanak.



Jam pintar Moochies ini hanya menumpukan kepada kanak- kanak yang berusia 4 ke 12 tahun, dimana pengawasan dari Ibu Bapa sangat penting. Kanak- kanak hanya mampu menjawab panggilan dari senarai nombor yang telah dimasukkan oleh Ibu Bapa. Selain daripada itu, peranti ini mempunyai butang kecemasan dimana ia harus ditekan selama 5 saat dan penggera akan dibunyikan di telefon pintar dan Ibu Bapa akan terus mendapat lokasi anak mereka beserta dengan 15 saat rakaman suara.



Jam pintar ini juga mempunyai ciri pedometer, bermaknya Ibu Bapa dapat mengetahui berapa jarak perjalanan dan pergerakkan anak mereka. Ianya juga dilengkapi dengan aplikasi Safety Geo-Fence, dimana amaran akan diberikan kepada ibu bapa sekiranya anda anda berjalan keluar dari 'Safety Zone'.



Ianya adalah satu peranti yang sangat berguna ketika ini. Selain daripada menghindari anak anda dari bahaya media sosial atau permainan telefon pintar, Jam Pintar dari Moochies ini juga mampu memberi ketenangan kepada Ibu Bapa yang dapat melihat gerak geri anak mereka. Faktor keselamatan anak juga harus diberi perhatian kerana terlalu banyak kes pernculikan kanak-kanak berlaku di negara kita.