Jam Pintar Kanak-Kanak Semakin Mendapat Tempat Dipasaran







Dianggarkan 30
Juta utas jam pintar dijual di pasaran dunia pada tahun 2015 dan menurut kajian
dari Gartner, angka itu di jangka akan meningkat sehingga 66.7 juta pada 2017. Jam
pintar tidak terhad bagi penggunaan orang dewasa kerana kebanyakkan syarikat
pengeluar mula menyasarkan model untuk kanak-kanak yang dilengkapi dengan
pelbagai fungsi dan ciri yang menyeronokkan. Tujuan utama jam pintar itu direka
adalah lebih kepada aspek-aspek keselamatan kanak-kanak dimana ibu bapa boleh
mengesan anak-anak mereka menerusi GPS ataupun menghantar mesej kecemasan.





Berikut adalah antara model-model jam pintar
bagi kanak-kanak yang terdapat dipasaran:





Linkoo Kids


Harga : $143


Fungsi : Melihat
waktu, telefon mudah alih, GPS


Ciri: Mod SOS,
Sensor anti pencuri, kad SIM pasang siap.


Langganan :
Perlu melanggan $8.75 sebulan untuk fungsi penuh ( membuat panggilan, SMS, GPS
tanpa had)













Mi Bunny


Harga : $45


Fungsi : Melihat
waktu, telefon mudah alih, GPS


Ciri : Ibu bapa
menerima notifikasi jika isyarat GPS keluar dari perimeter yang ditetapkan


Langganan :
Tiada













Octupus


Harga : $69


Fungsi : Melihat
waktu, aktiviti harian




Ciri : Imej
piktogram yang menarik muncul di skrin bertujuan melatih kanak-kanak melakukan aktiviti
harian seperti mandi, memberus gigi, makan, menjaga haiwan peliharaan dan
lain-lain lagi.









Berkaitan